Homepage

Earth Observation Center

EOC ditubuhkan untuk melakukan penyelidikan dalam bidang aplikasi satelit dan penderiaan jauh dan bidang yang berkaitan dengannya, dengan  matlamat menjadi pusat rujukan dan penyelidikan tersohor dalam bidang penderiaan jauh di Malaysia.  Telah ditubuhkan di mantan Jabatan Geografi, Universiti  Kebangsaan Malaysia pada tahun 1996 untuk meningkatkan tahap pengajaran dan penyelidikan dalam bidang sains angkasa, geografi lanjutan dan meteorology yang berkaitan dengan pencerapan bumi melalui teknik penderiaan jauh.

Satu jawatankuasa Pusat Penderiaan Jauh telah ditubuhkan di mantan Jabatan Geografi untuk menjana dana daripada UKM. Pusat Pencerapan Bumi juga telah menerima bantuan kepakaran teknikal dan data asas dari The Institute of Space Science,   University of New Hampshire and the National Remote Sensing Council of Thailand (NRCT) melalui geran penyelidikan IGBP-UNDP. Sejak penubuhannya, EOC telah meningkatkan kaedah pengajaran dalam bidang sains angkasa dan aplikasinya di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Malaysia.

Last Updated ( Tuesday, 12 January 2010 08:59 )

Read more...